Blogger Backgrounds

Followers

Monday 19 December 2011

Mengenali Cinta



CINTA adalah sesuatu perbuatan yang membawa reaksi penumpuan terhadap sesuatu yang kita cintai, penumpuan yang melibatkan kasih sayang. Cuma apa yang boleh membuat kita dapat membezakan kasih sayang dengan cinta adalah cara kita menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Biasanya sayang boleh tujukan pada kesemua objek yang ada didunia ini sama ada hidup atau tidak hidup. Sebagai contoh, menyayangi seekor kucing, menjaga pokok-pokok bunga sebagai tanda

sayang pada alam semulajadi.

Cinta pula agak dalam ertinya. Kasih sayang boleh wujud tanpa cinta tetapi cinta mesti wujud bersama kasih sayang. Cinta lebih ditujukan kepada manusia lebih-lebih lagi pada zaman generasi muda terkini. Biasanya perkataan cinta merujuk kepada sesuatu yang disayangi lebih dari diri sediri. Sebagai contoh mencintai seorang kekasih. Jika kita sanggup bersusah payah demi seseorang tanpa mengira risiko yang tinggi atau mementingkan dirinya lebih dari kepentingan diri sendiri



maka ia boleh dikatakan layak digelar sebagai cinta.

Cinta ada banyak jenis, bagi umat islam cinta yang pertama lebih dari segala-galanya adalah cinta kepada tuhan kerana tuhan yang mewujudkan cinta dan mencipta manusia. Cinta kedua adalah kepada rasul yang memperjuangkan islam. Cinta ketiga mengikut islam adalah cinta kepada ibu-bapa kerana merekalah yang telah bersusah payah memberikan segala kebaikan yang mungkin kepada anak-anaknya. Dan cinta yang terakhir adalah kepada kekasih yang rata-rata biasanya

bukan muhrim atau bukan dari keluarga atau hubungan persaudaraan yang jauh. Tetapi semakin hari apabila zaman berubah dari masa ke semasa makna cinta turut berubah. Cinta lebih diungkapkan hanya kepada kekasih. Cinta kepada kekasih adalah merupakan isu yang paling utama berbanding cinta kepada selain dari kekasih. Ini kerana cinta kepada seorang kekasih biasanya wujud bersama-sama dua keadaan gembira yang mendalam dan kesedihan yang melampau.

Biasanya tujuan kita mencintai kekasih adalah supaya kita dicintai olehnya. Cinta kepada kekasih adalah merupakan satu ikatan yang boleh terputus bila-bila masa jika tidak dijaga dengan betul-betul. Tidak seperti cinta ibu dan bapa walaupun kita tidak menjaga cinta kita terhadap mereka , mereka tetap tidak akan terputus hubungan dengan kita kerana darah mereka sentiasa mengalir didalam tubuh kita. Oleh itu saya lebih suka menfokuskan cinta kepada seorang kekasih yang mana ia telah banyak membawa berbagai kontroversi pada masa kini. Biasanya mencintai seseorang hanya boleh berlaku jika kita pernah melihat orang tersebut. Mungkin kerana sifat fizikalnya yang menarik atau telatahnya yang boleh mencuit hati dan memberikan kenangan manis kepada kita. Apalagi jika sudah selalu bertemu dan

seperti biasa disetiap pertemuan juga memberikan kenangan manis kepada kita.

Apakah yang dimaksudkan menyenangkan hati. Sesetengah individu lebih senang dan gembira jika pasangan kekasihnya memiliki kebolehan yang sukar ditandingi oleh orang lain secara tidak langsung menaikkan harga dirinya. Tetapi tidak semua orang bersikap demikian. Ada juga individu yang lebih gemar kepada kalangan individu yang sederhana, mungkin kerana menganggap bahawa ia lebih selamat dan tidak perlu rasa risau ataupun mungkin juga niat tersebut datang dari sikap

semulajadinya yang mengasihani, tidak pentingkan kebendaan dan sebagainya.

Tidak semua individu yang semata-mata mengikuti nafsu mereka dalam memilih kekasih. Nafsu tetap wujud, cinta tidak boleh wujud tanpa kehadiran nafsu. Adakah anda tahu apa itu nafsu. Nafsu boleh digambarkan sebagai sesuatu yang memberi galakan dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh nafsu makan, nafsu untuk belajar, nafsu berbelanja dan sebagainya. Nafsu memberikan kita penumpuan terhadap apa yang kita lakukan. Oleh itu tidak hairan jika saya berkata bahawa nafsu wujud dalam hampir apa sahaja aktiviti yang kita lakukan. Cuma apa yang penting hanyalah berhati-hati apabila kita mengikuti nafsu kita. Nafsu boleh memihak kearah yang membawa kebaikan dan juga tidak terkecuali juga memihak kearah yang membawa kerosakan. Dan nafsu yang paling kuat sekali secara majoritinya didunia ini ialah nafsu terhadap pasangan kekasih. Selalunya perasaan mengambil berat adalah banyak berlaku diantara sepasang kekasih. Apa yang menarik mereka walaupun tidak ada ikatan keluarga tetapi mereka ini sudah saling bantu membantu, malah ada juga berkongsi rahsia walaupun sebelum ini rahsia tersebut tidak pernah diceritakan kepada mana-mana individu lain termasuklah keluarga, Apa yang telah mendorong situasi ini daripada berlaku. Situasi ini

berlaku adalah kerana pasangan kekasih ini seolah-olah sudah menganggap diri diantara mereka sebagai sepasang atau pasti akan menjadi suami isteri suatu hari nanti.

Kita juga pernah mendengar ramai menyebut cinta palsu. Cinta palsu tidak wujud, tetapi cinta palsu yang dimaksudkan ialah tidak menyintai. Sebagai contoh jika seseorang kekasih menyukai anda kerana anda memiliki kemewahan dan bukan kerana sikap anda maka itulah yang sering dikatakan sebagai cinta palsu. Tetapi itu

tidaklah menjadi soal sebab hati boleh berubah dan memang memilih itu perlu terutama perempuan kerana mereka akan menyerahkan diri mereka secara tidak langsung diri mereka akan terjejas dan tak salah jika ia memilih kebendaan untuk masa depannya asalkan ia tidak menggunakannya kearah yang salah atau mula menyombong diri. Cinta tidak semestinya wujud pada masa itu juga. Sudah banyak individu yang bercinta selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang

dikendalikan oleh kehendak keluarga. Biasanya cinta yang paling seronok adalah apabila pasangan kita mengetahui keadaan kita yang sebenar dan menerima kita seadanya tanpa mengurangkan suasana kegembiraan sama seperti ketika dia belum mengetahui walaupun diri kita ini susah (biasa kalau kita senang semua orang suka). Cinta inilah yang boleh dikatakan sebenar-benar cinta.

Beza cara lelaki atau perempuan menyatakan cinta kepada pasangan yang diidamkannya agak berlainan. Lelaki memang ditakdirkan untuk memulakan episod cinta dan perempuan adalah jarang sekali memulakannya. Ini boleh dikatakan soal maruah dan ia telah menjadi adat turun temurun. Lelaki tidak boleh bersikap hanya menunggu untuk dipelawa kerana ini adalah sikap perempuan yang telahpun menjadi trademark. Lelaki yang ingin menyatakan cintanya pada seseorang perempuan mestilah menyatakan secara tersurat lebih kurang pengakuan. Masalah disini ialah adakah perempuan itu suka atau tidak. Anda boleh tahu jika anda (lelaki) meneliti dengan betul. Jika perempuan tersebut menyukai seseorang lelaki biasanya dia mudah memberikan senyuman dan mudah memberikan perhatian kepada anda atau mengambil berat tetapi tidak menyatakan cintanya terang-terang tersurat. Perempuan suka diekori dan buat-buat jauhkan diri. .

Tetapi jika benar perempuan itu tidak suka, biasanya dia akan membuat reaksi seperti tidak layan atau bercakap dengan serius ataupun menceritakan jenis orang yang diminatinya untuk kita dengar dimana kebetulan tiada dalam diri kita. Tetapi itu bukan masalah, hati perempuan senang berubah jika anda menunjukkan hati murni anda dan sering berusaha menyatakan cinta anda padanya selalu.

Perempuan sukakan lelaki yang tidak berputus-asa. Lelaki juga perlu ada egonya terhadap perempuan. Kalau anda terkena dengan perempuan yang jual mahal dan anda telah cuba banyak kali hingga pada satu tahap anda perlu berhenti dan memberi perhatian pada perempuan lain dengan hati yang seolah-olah tidak kecewa. Biasanya kalau anda dah selalu dengan tiba-tiba anda beralih pada yang lain, kemungkinan perempuan tersebut akan tertanya-tanya dan mungkin akan lahir rasa

cemburu dan akhirnya menyesal. Jangan biarkan anda (lelaki) dianggap sebagai tiada tempat lain lagi selain dirinya. Jika tidak anda seolah-olah kurang bermaruah dan mungkin tidak dipentingkan olehnya. Satu lagi perempuan sering takut jika dirinya disia-siakan oleh itu dalam zaman serba bijak kini perempuan lebih matang dan sering menguji sejauh manakah cinta seseorang lelaki. Biasanya perempuan jenis ini tidak mementingkan kebendaan tetapi kesetiaan. Kadang- kadang terdapat perempuan yang agak sensitif dan berpura-pura jual mahal dengan harapan lelaki tersebut akan memujuknya dan secara tidak langsung menghargai dirinya. Perempuan seperti ini biasanya adalah perempuan yang mementingkan maruah dan harga diri. Jadi jika anda adalah seorang lelaki maka sedarlah jika anda inginkannya anda seharusnya tidak ada sifat malu untuk menegurnya dan sepatutnya tidak harus mudah putus asa dan kadang-kadang anda terpaksa mengambil masa yang lama untuk memikat orang seperti itu. Apa yang perempuan mahukan ialah tumpuan hanya kepadanya dari seorang lelaki yang saling tidak putus asa untuk menyatakan dalamnya cinta kepada dirinya. Sebab itulah lelaki yang peramah atau mudah bergaul dengan perempuan mudah mendapat tempat.

Bagi lelaki mereka lebih sukakan perempuan yang tidak terlampau cemburu, dan kadang-kadang lagi perempuan tersebut jual mahal, lelaki akan lebih menyayanginya. Sebabnya ialah kerana terlalu memikirkan kenapa perempuan tersebut jual mahal sehinggakan nama perempuan sentiasa dalam ingatan. Itu pepatah yang mengatakan tak kenal maka tak cinta. Tapi adakalanya lelaki juga boleh kehilangan keyakinan dan seterusnya diam dan malu untuk mencuba lagi. Biasanya lelaki ini adalah lelaki yang sensitif. Lelaki yang sensitif biasanya setia dan takut kehilangan orang yang disayangi. Jadi bagi perempuan pandai-pandailah kawal cara kamu kalau benar kamu juga ada hati dengannya.

Kesimpulan, cinta itu misteri dan sukar untuk ditentukan sehinggalah pasangan itu saling menyatakan dan biasanya dimulakan oleh lelaki. Dan ini bergantung kepada hati dan kekosongan atau citarasa diantara individu itu sendiri.

Thursday 17 November 2011

Pesanan Buat Wanita

Allah berfirman yang bermaksud :
Dan katakanlah kepada permpuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yg nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yg sangat perlu untuk pekerjaan sharian (muka dan tapak tangan).Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepala dan lehernya hinggan ke dada).Dan tiada memperlihatkan perhiasannya(tubuhnya),kecuali suaminya,bapanya,bapa suaminya,anak-anaknya,anak saudara lelaki,anak saudara perempuan,sesama perempuan islam,hamba sahaya kepunyaannya,lelaki yg menjalankan kewajipannya tetapi(tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan-umpama pelayan lelaki yg sudah tua dan tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan)dan kanak-kanak yg belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka pukulkan kakinya supaya diketahui barang perhiasannya yg tersembunyi (misalnya melagkah dgn cara yg menyebabkan betisnya terbuka atau barang perhiasan sepeeti gelang kaki nampak) Dan taubatlah kamu kepada Allah hai org-org yg beriman supaya kamu beruntung. -SURAH AN-NUR:31-
 
Allah berfirman bermaksud :
Belum sampaikah lg masanya bg org-org yg beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan Allah) serta taat mematuhi kebenaran Al-Quran yg diturunkan kepada mereka.Dan jgnlah pula mereka menjadi seperti org-org yg telah diberi kitab sebelum mereka (yahudi & nasrani) setelah org itu melalui masa yg lanjut jauh dari zaman nabi mereka maka hati mereka menjadi keras (dari mengikut ajaran nabi mereka)dan banyak diantara org-org yg fasik. -SURAH AL-HADID:16

Bila ayat menutup aurat diturunkan semua wanita dari golongan itu tdk kira golongan muhajirin dan ansar dgn segera menutup aurat masing-masing.yang ada di pasar atau di man saja segera mencapai apa sja untuk menutup aurat masing-masing bukan NANTI DULU.Yang tidak mendapat apa-apa segera mamalingkan muka mereka supaya org lelaki tdk melihat wajah mereka.Itulah kekuatan agama yg ada pd wanita pd zaman itu.Tetapi skrg semakin berubah makin jauh dari zaman Rasulullah makin jauh dari amalan agama.
 
Dalam ayat kedua pun sama yg ditunjukkan ayat ini ialah kepada org0org yg beriman.Kita kata kami beriman dengan Allah,Rasulnya,kitabnya tetapi apa yg kita ucap dgn yg kita buat sungguh bertentangan.Allah telah menggariskan panduan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu tlah termaktub di dalam kalamnya.Tapi kenapa masih leka??kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dgn kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.Maka wahai saudaraku (YANG BERIMAN) sebelum terlewat rebutlah peluang yg ada jangan tunggu esok atau lusa..Lakukan SEKARANG bimbang esok tiada bagimu.BIAR KAMU TIDAK CANTIK DIBUMI TETAPI NAMAMU MENJADI SEBUTAN PENDUDUK DI LANGIT..




WaNiTa iTu cAnTiK

ALLAH berfirman : "Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yg istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
 "Aku memberikannya kekuatan dari dlam untuk mampu melahirkan anak dan menerima setiap penolakkan  yg seringkali datang  dari anaknya."
 "Aku memberikannya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika org-org lain menyerah,dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
 "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dlm setiap keadaan bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakitkan hati."
 "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi tulang rusuk suaminya untuk melindungi suaminya.
 "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
 "Dan akhirnya aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada bila-bila masa diperlukan."
 "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya,susuk yg ia tampilkan,atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta itu ada."

Oleh itu hargailah setiap pengorbanan seorang insan yg bernama wanita..



Cinta VS Suka

 Betul atau tidak???


 Di hadapan org yg kita cintai,
 Hati kita akan berdegup kencang...
 Tapi di depan org yg kita suka,
 Hati kita akn gembira....

 Jikalau kita lihat mata org yg kita cintai,
 Kita akan kaku...
 Tapi jika kita lihat mata org yg kita suka,
 Kita akan tersenyum...

 Di depan org yg kita cintai,
 Lidah kelu untuk berkata-kata...
 Di depan org yg kita suka,
 Kita bebas untuk berkata apa saja...

 Di depan org yg kita cinta,
 Kita menjadi malu...
Di depan org yg kita suka,
Kita tunjukkan imej sebenar...

Kita tdk boleh merenung mata org yg kita cintai,
Tapi kita selalu merenung mata org yg kita suka...
Bila org yg kita cinta menangis kita akn turut menangis..

Di depan org yg kita cinta,
Musim sentiasa berbunga...
Bila org yg kita suka menangis,
Kita akn bg dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata...
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi,jikalau kita berhenti menyukai seseorg umpama kita membuang telinga kita...
Tapi,jika kita cuba menutup mata..
Cinta berbuah menjadi air mata...

Setiap org yg akn mengalami ini dalam hidup mereka...
Cuba fikirkanlah bersama siapa yg anda cinta...
Tetapi hakikatnya..
Cinta kpada ALLAH adalah lebih hakiki dan abadi...
Kita pun tidak akn kecewa..



 


 

Tuesday 15 November 2011

Wajah Yang Paling Jujur

Pernah x kite lihat wajah org yg plg dkat ngan kite saat diorg tdo???

Klu blom cubalh skali saja mnatap mreka time diorg tgah tdo..Pada saat itu adlh ekspresi plg wajar dn plg jujur dari seseorg..Seorg artis yg ktika di panggung bgitu cntik dn hebat tapi akn nmpak biasa dn jauh berbeza time tgah tdo..Org yg plg kejam kt dunia pon jika dia tdo dah x kn nmpk wjah bengisnya..

Perhatikanlah ibu kita..Kulitnya mulai kerepot dn tangan yg dulu halus membelai tubuh kita ketika masih bayi kini mulai kasar,,Org ini lh yg setiap hari mengurus keperluan kita..Org ini lh yg plg rajin mengingatkn dn membebel kt kita semata-mata krana kasih aygnya itu yg sering kali kita salah ertikn...

Sekarang,perhatikanlah ayah kita saat beliau sdg tidur..Sedarilah,betapa badan yg dulu kuat dn gagah itu kini smakin tua dn lemah..Betapa rambut-rambut putih mula menghiasi kepalanya,betapa kerutan mulai terpahat di wajahnya...Org ini lh yg setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita,anak-anaknya...Org inilh yg rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang,pendidikan kita lancar dan berjaya...

Cubalah menatap wajah org-org yg tercinta: ibu,ayah,suami,isteri,adi-beradik dan sahabat-sahabat kita..Rasakan 'sensasi' yg timbul sesudahnya..Rasakn kuasa cinta yg mengalir perlahan-lahan di saat kita menatap wajah mereka yg trlelap itu..Rasakn getaran cinta yg mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yg telah dilakukan oleh insan-insan ini untuk kebahagiaan kita..Pengorbanan yg dilupakan disebabkan kesalahan kecil yg entah knapa selalu saja nampak..

Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu boleh dinampakkan melalui wajah-wajah jujur mereka saat sdg tidur..Pengorbanan yg kdg-kdg melelahkan namun enggan mereka ungkapkan..Dan ekspresi wajah ketika tidur boleh mengungkapkan segala-galanya...



Saturday 12 November 2011

4 Wanita Mulia

Rasulullah S.A.W bersabda : Ada 4 wanita mulia yamg juga penghulu segala wanita,mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (isteri Firaun),Maryam binti Imran(bonda Al-Isa Masih),Khadijah binti Khuwailid(isteri Rasulullah) dan Fatima binti Muhammad(puteri kesayangan baginda)

Riwayat Bukhari :-

 Asiah binti Muzahim adalah simbol teladan bg wanita beriman yg tetap mempertahakn keimanan kpda Allah.Meskipun hidupnya sebumbung dengan suaminya Firaun yang tdk beriman.

  Maryam pula adalah simbol wanita dalam beribadah dn tinggi darjat ketaqwaannya kpd Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannhya ketika mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.

 Khadijah binti Khuwailid merupakan lambang isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam.Sanggup berkorban jiwa raga dan segala harta,rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah S.A.W.

 Dan yang terakhir,Fatimah binti Muhammad.Beliau lambang pelbagai dimensi wanita solehah,anak soleh dan taat kepada ayahandanya,isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk puteri-puterinya.Beliau mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupannya yang dilalui sewajarnya menjadi ikutan para muslimat pada hari ini. 

Friday 11 November 2011

10 Sebab Doa Ditolak

Ketika Ibrahim bin Adham berada ditengah-tengah pasar Basrah,beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antaranya ada yang bertanya "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T padahal mereka selalu berdoa kepadanya" Beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara iaitu :-

- Kamu mengenal Allah tetepi kamu tidak menunaikan haknya.

- Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

- Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

- Kamu telah makan nikmat yang telah diberikan tetapi kamu tidak mensyukurinya

- Kamu telah berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

- Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya

-Kamu daripada tidur,lalu menceritakan keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan jenazah sahabat kamu,tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.