Blogger Backgrounds

Followers

Saturday 12 November 2011

4 Wanita Mulia

Rasulullah S.A.W bersabda : Ada 4 wanita mulia yamg juga penghulu segala wanita,mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (isteri Firaun),Maryam binti Imran(bonda Al-Isa Masih),Khadijah binti Khuwailid(isteri Rasulullah) dan Fatima binti Muhammad(puteri kesayangan baginda)

Riwayat Bukhari :-

 Asiah binti Muzahim adalah simbol teladan bg wanita beriman yg tetap mempertahakn keimanan kpda Allah.Meskipun hidupnya sebumbung dengan suaminya Firaun yang tdk beriman.

  Maryam pula adalah simbol wanita dalam beribadah dn tinggi darjat ketaqwaannya kpd Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannhya ketika mengabdikan diri kepada Sang Pencipta.

 Khadijah binti Khuwailid merupakan lambang isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam.Sanggup berkorban jiwa raga dan segala harta,rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah S.A.W.

 Dan yang terakhir,Fatimah binti Muhammad.Beliau lambang pelbagai dimensi wanita solehah,anak soleh dan taat kepada ayahandanya,isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk puteri-puterinya.Beliau mendahului segala wanita dan seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupannya yang dilalui sewajarnya menjadi ikutan para muslimat pada hari ini. 

0 comments: