Blogger Backgrounds

Followers

Friday 11 November 2011

10 Sebab Doa Ditolak

Ketika Ibrahim bin Adham berada ditengah-tengah pasar Basrah,beliau dikerumuni oleh orang ramai. Antaranya ada yang bertanya "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan oleh Allah S.W.T padahal mereka selalu berdoa kepadanya" Beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara iaitu :-

- Kamu mengenal Allah tetepi kamu tidak menunaikan haknya.

- Kamu berkata bahawa kamu cinta Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

- Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

- Kamu telah makan nikmat yang telah diberikan tetapi kamu tidak mensyukurinya

- Kamu telah berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

- Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya

-Kamu daripada tidur,lalu menceritakan keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

-Kamu kebumikan jenazah sahabat kamu,tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.





0 comments: